Hajiji bersalaman dengan Abang Johari pada Program Retreat Kerajaan MADANI di Bangi hari ini.
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor mengetuai delegasi dari Sabah menghadiri Permukiman Kerajaan Madani 2026 selama dua hari yang berlangsung di Pusat Pembelajaran KWSP Bangi, Selangor bermula kelmarin.
Turut serta dalam delegasi Sabah ialah Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr. Mohd. Ariffin Mohd. Arif.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan amanat pada hari pertama permukiman.

Hajiji bersama rakan sejawatnya menyambut ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program retreat tersebut di Kampus Pembelajaran KWSP, Bangi, Selangor.
Hajiji turut membentangkan kertas perbincangan berkaitan isu semasa kepentingan rakyat dari perspektif Sabah pada hari kedua.
Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab. Rauf Yusoh; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg serta Menteri-Menteri Besar – Dato Seri Amiruddin Shari (Selangor), Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail (Pahang), Dato’ Onn Hafiz Ghazi (Johor) dan Datuk Seri Saarani Mohamad (Perak), selain semua menteri Kabinet Persekutuan.
































