Jamawi dan Zainatunnisa bergambar bersama selesai sahaja mengundi pada pagi tadi.
MELALAP: Proses pengundian di Sekolah Kebangsaan (S.K.) Melalap bagi DUN N42 Melalap berjalan lancar sejak dibuka pagi ini, dengan pengundi mula hadir seawal 7.30 pagi.
Lebih 400 pemilih telah menunaikan tanggungjawab setakat ini, kebanyakannya daripada saluran 1 hingga 4, selain kehadiran dari saluran 5 dan 6.
Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Jamawi Jaafar bersama isteri, Datin Zainatunnisa Ibrahim tiba di pusat mengundi pada 8.55 pagi, disambut aliran pengundi yang masih berterusan.
DUN Melalap mempunyai 21,320 pemilih berdaftar dengan 11 pusat mengundi, termasuk S.K. St. Pius Pamilaan, S.K. Lagud dan S.M. Tshung Tsin Tenom.






























