Haji Hajiji Haji Noor
KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini mengumumkan baki empat calon gabungan itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17.
Ketua Menteri yang juga Pengerusi GRS, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor berkata, dengan pengumuman tersebut, senarai penuh 55 calon GRS yang akan bertanding pada pilihan raya kali ini telah lengkap.
Empat calon berkenaan ialah Dr. Bonaventure Boniface (N14 Tamparuli), Rafie Robert Tawik (N40 Bingkor), Samsiah Usman (N70 Kukusan) dan Datuk Hassan A. Gani Pg. Amir (N73 Sebatik).

Dr. Bonaventure Boniface
“Semua calon ini mempunyai latar belakang, bakat dan pengalaman yang pelbagai. Saya yakin mereka mampu membawa kemenangan kepada GRS dalam pilihan raya kali ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Hajiji sekali lagi menyeru semua penyokong dan jentera parti agar bersatu padu memastikan kemenangan GRS, bagi membolehkan kerajaan pimpinan gabungan itu terus diberi mandat untuk meneruskan agenda pembangunan di Sabah.

Rafie Robert Tawik
Pada Rabu, Hajiji telah mengumumkan 51 calon GRS yang akan bertanding pada PRU DUN Sabah ke-17, merangkumi gabungan pemimpin berpengalaman dan calon muda, dengan 35 peratus daripadanya terdiri daripada muka baharu.


































