Haji Hajiji Haji Noor
KOTA KINABALU: SMJ Energy Sdn. Bhd. telah menyumbangkan RM1 juta bagi membantu mangsa banjir di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor, hari ini.
Hajiji merakamkan penghargaan kepada SMJ Energy kerana menyahut seruan Kerajaan Negeri agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut membantu mangsa banjir di Sabah.
Beliau berkata, sumbangan itu akan melengkapi inisiatif Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam usaha membantu mereka yang terjejas akibat bencana banjir.
Tabung berkenaan akan disalurkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.
































