Juliah (tengah) menyampaikan sumbangan bakul makan dan wang tunai kepada salah seorang anak yatim kampung Pimping sejurus tiba di Dewan Sri Wawasan.
MEMBAKUT: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (MUTIARA-GRS) menyantuni 50 warga Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Membakut menerusi program ziarah amal.
Rombongan yang diketuai Yang Dipertua MUTIARA-GRS, Datin Seri Datuk Juliah Salag menyampaikan sumbangan berupa 50 bakul makanan, barangan keperluan peribadi dan wang tunai kepada ahli PPDK berkenaan.
Sejurus selepas itu, rombongan turut singgah di Dewan Sri Wawasan Kampung Pimping, Membakut untuk menyerahkan sumbangan sama kepada 50 anak yatim di kampung tersebut, pada Selasa.
Juliah bersama rombongan juga berpeluang menyertai masyarakat setempat dalam demonstrasi pembuatan kuih tradisional, sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat kebersamaan antara pemimpin dan rakyat.
Turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap ADUN N.31 Membakut, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif dan isteri, Datin Lenny Natasha Tun Musa; Naib Yang Dipertua I MUTIARA GRS, Datin Seri Cecilia Edwin Kitingan; Yang Dipertua II merangkap Pengerusi Biro Kebajikan MUTIARA-GRS, Datin Seri Linda Ewit; Naib Yang Dipertua III merangkap Setiausaha Kehormat MUTIARA-GRS, Datin Dayang Siti Noor Hayyat Awang Mohd Saufi; Pegawai Daerah Membakut, Ibrahim Terki serta Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.31 Membakut, Suraya Ibrahim.


































