Ini untuk memastikan para pengguna di Sabah dan W.P. Labuan tidak akan terkesan akibat catuan bekalan elektrik.
KOTA KINABALU: Penghentian sementara untuk tugas penyelenggaraan berkala Sabah & Oil Gas Terminal (SOGT) akan ditunda pada tarikh yang akan ditentukan kelak.
Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS), Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid mengumumkan ini dalam kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, penangguhan di SOGT ini dibuat setelah mengambil kira situasi terkini Grid Sabah dan keperluan masa tambahan untuk penyiapan ujian bagi sebahagian unit janakuasa IPP di Kimanis menggunakan bahan api alternatif disel, di samping kerja-kerja pembaikan loji janakuasa yang lain milik Sabah Electricity (SE) dan IPP.
Tambah beliau, keputusan ini dicapai setelah meneliti risiko gangguan bekalan elektrik Grid Sabah berdasarkan keadaan terkini, berbanding dengan impak ke atas penangguhan kerja penyelenggaraan di SOGT.
“Ini adalah bertujuan untuk memastikan para pengguna di Sabah dan W.P. Labuan tidak akan terkesan akibat catuan bekalan,” katanya.


































