Hajiji (kiri) mengiringi Tun Musa (dua dari kiri) ketika menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 di Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menghadiri Mesyuarat Majlis Raja- Raja
ke-269 di Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mempengerusikan
Mesyuarat Majlis Raja-Raja itu.
Pada Isnin, Hajiji telah menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-146 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra di Putrajaya.


































