Mohd. Khalid Ismail ketika mempengerusikan Mesyuarat IG’s Update Khas Tahun 2025 di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman, semalam.
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail menekan lima perkara utama yang perlu terus diperkukuhkan sebagai teras pembaharuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama melibatkan kecerdasan buatan (AI).
Menurut Utusan Malaysia, beliau berkata, lima perkara itu perlu ditekankan bagi mencorakkan sebuah pasukan yang lebih dinamik, progresif dan berintegriti.
Menurutnya, antara fokus utama ialah kesiapsiagaan PDRM dalam menghadapi era AI.
“Revolusi AI telah membuka dimensi baharu kepada landskap keselamatan negara, sekali gus mencetus cabaran baharu kepada PDRM khususnya dalam bidang pengesanan, risikan dan penguatkuasaan undang-undang.
“Semua jabatan dan formasi PDRM digesa meningkatkan keupayaan sedia ada dan melangkah seiring dengan kemajuan teknologi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat IG’s Update Khas Tahun 2025 di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman, semalam.
Mesyuarat khas yang berlangsung selama dua jam itu turut disertai Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama barisan pengarah dan pegawai kanan PDRM.































