PETALING JAYA: Keluarga kepada Maniishapriet Kaur Akhara, 20, menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung kes pembunuhan penuntut universiti itu.
Menurut Utusan Malaysia, bapa saudara mangsa, Datuk Rajpal Singh yang juga seorang peguam berkata, keluarganya mendapat tahu mengenai penangkapan tiga suspek melalui laporan berita.
“Saya belum sempat berhubung dengan pegawai penyiasat kerana menguruskan kematian.
“Saya berterima kasih dan menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Terdahulu, Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, suspek ditahan terdiri daripada seorang lelaki serta dua wanita berusia dalam lingkungan 19 hingga 20 tahun.
Ketiga-tiga suspek ditahan sekitar Johor Bahru, Johor dan Gemencheh, Negeri Sembilan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.
Selasa lalu, mangsa ditemukan maut dengan kesan kecederaan di kepala oleh rakannya dalam bilik penginapan yang disediakan pihak pengurusan universiti di sebuah kondominium di Cyberjaya dekat sini
































