Tun Musa (kanan) dan Anwar di Bilik Kunjungan Khas Istana Seri Kinabalu.
KOTA KINABALU : Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman menerima kunjungan hormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Seri Kinabalu, hari ini.
Kunjungan rasmi itu bertujuan membincangkan beberapa perkara ke arah memperkukuh hubungan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan, selain usaha mempertingkat kerjasama dalam pelbagai bidang.
Hadir sama, Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama rombongan.