Hajiji (lima dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Nordin.
KOTA KINABALU: Jawatankuasa baharu Persatuan Guru Besar Malaysia Sabah
(PGBM Sabah) telah bertemu dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji
Haji Noor di Menara Kinabalu di sini, hari ini.
Jawatankuasa bagi penggal 2025-2027 itu diketuai oleh Yang di-Pertua, Nordin Taip.
Dalam pertemuan tersebut, Ketua Menteri telah diberi taklimat mengenai program dan aktiviti PGBM Sabah untuk tempoh dua tahun akan datang.






























