KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengumumkan penutupan sementara beberapa kawasan tempat letak kereta berdekatan Dewan Masyarakat Kota Kinabalu bagi memberi laluan kepada penganjuran Program Ambang Ramadan 2025 dan Taklimat Anggota DBKK.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, penutupan ini akan bermula dari 26 Februari 2025, jam 1 pagi hingga 27 Februari 2025, jam 5 petang. Lokasi yang terlibat adalah tempat letak kereta di hadapan Dewan Masyarakat serta kawasan lapang di tepi dewan tersebut.

DBKK menasihatkan orang ramai agar mematuhi arahan pihak berkuasa yang bertugas serta menggunakan laluan alternatif demi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik. Kerjasama orang ramai amat dihargai dalam menjayakan program ini.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk kepada Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam DBKK.



































