Hajiji menerima cenderamata daripada Jainal.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Pengarah baharu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Jainal @ Zainal Madasin di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, hari ini.
Jainal yang berasal dari Putatan menyandang jawatan itu pada 2 Disember 2024.
Sebelum ini, beliau adalah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan.
Mengiringi Jainal ialah Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Muhammad Taquiddin Victor Doon, Penolong Pengarah Bahagian
Keselamatan Kebakaran, Ibnu Sahad Punggak dan Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohd. Affendily K. Ramin.