Bruno Fernandes menjaringkan gol kemenangan Manchester United menentang Rangers dalam saingan Liga Europa di Old Trafford hari ini.
MANCHESTER: Manchester United semakin hampir layak ke pusingan 16 akhir kempen Liga Europa selepas jaringan lewat Bruno Fernandes mengesahkan kemenangan Red Devil menentang gergasi Scotland, Rangers di Old Trafford.
Menurut Utusan Malaysia, Red Devils seolah-olah hampir mengulangi kekecewaan di laman sendiri selepas pelawat menyamakan kedudukan menerusi Cyriel Dessers pada minit ke-88.
Namun, Fernandes menyelamatkan United daripada dimalukan di gelanggang sendiri dan terikat ke saingan playoff apabila menjaringkan gol yang diperlukan sebelum tamat perlawanan.
” Ia adalah kemenangan yang sangat diperlukan ketika ini,” kata pengedali United, Ruben Amorim mengenai persembahan pasukannya yang mendaki ke tangga keempat dengan baki satu lagi perlawanan.
Di Jerman, Son Heung-min menjadi faktor kemenangan Tottenham selepas menjaringkan dua gol untuk membantu kemenangan 3-2 ke atas Hoffenheim sekali gus meletakkan mereka di landasan betul ke saingan kalah mati.
Jaringan Son dan James Maddison membantu Spurs mendaki ke tangga keempat dalam saingan liga kedua Eropah itu.
Keputusan
AZ Alkmaar (NED) 1 Roma (ITA) 0
Bodo/Glimt (NOR) 3 Maccabi Tel Aviv (ISR) 1
Porto (POR) 0 Olympiakos (GRE) 1
Fenerbahce (TUR) 0 Lyon (FRA) 0
Hoffenheim (GER) 2 Tottenham (ENG) 3
Malmo (SWE) 2 Twente (NED) 3
Viktoria Plzen (CZE) 2 Anderlecht (BEL) 0
Qarabag (AZE) 2 FCSB (ROM) 3
Frankfurt (GER) 2 Ferencvaros (HUN) 0
Elfsborg (SWE) 1 Nice (FRA) 0
Lazio (ITA) 3 Real Sociedad (ESP) 1
Ludogorets (BUL) 0 Midtjylland (DEN) 2
Man Utd (ENG) 2 Rangers (SCO) 1
PAOK (GRE) 2 Slavia Prague (CZE) 0
RFS (LAT) 1 Ajax (NED) 0
Union Saint-Gilloise (BEL) 2 Braga (POR) 1

































