LOS ANGELES: Sebuah pesawat pemadam kebakaran melanggar dron semasa ia beroperasi di ruang udara Pasific Palisades, lapor pihak berkuasa penerbangan.
Menurut Utusan Malaysia, pesawat yang digelar Super Scooper itu berlubang di bahagan sayapnya akibat rempuhan itu tetapi selamat mendarat.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan berkata, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan kejadian itu sedang dalam siasatan.
“Menerbangkan dron berhampiran kebakaran hutan adalah berbahaya dan boleh mengorbankan nyawa. Tindakan ini boleh menyebabkan pesawat rosak dan tidak dapat terbang.
“Melambatkan tindak balas pesawat di udara juga menimbulkan ancaman kepada anggota bomba di darat, penduduk dan harta benda dalam komuniti berdekatan, malah turut membenarkan kebakaran hutan menjadi lebih besar,” katanya.
Menerbangkan dron di tengah-tengah usaha memadam kebakaran adalah jenayah persekutuan dan boleh dihukum penjara sehingga 12 bulan atau denda sehingga AS$75,000 (RM337,527).
































