KUALA LUMPUR: Seorang guru pendidikan khas, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bingkor, Keningau Sabah, Dr. Velerie Wheelervon Primus dinobatkan sebagai Pemenang Malaysia Teacher Prize (MTP) 2024.
Majlis anugerah yang disempurnakan oleh Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan yang berlangsung di Khazanah Auditorium, Asia Business School, Kuala Lumpur pada 19 Oktober lalu, Dr Velerie membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, manakala empat (4) finalis lain akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.
MTP merupakan satu anugerah yang diwujudkan untuk menghargai insan-insan/guru yang luar biasa di Malaysia.
Pengiktirafan ini merupakan satu-satunya di Malaysia bertujuan untuk menghargai jasa para pendidik di peringkat yang lebih tinggi. Ia dianjurkan oleh PEMIMPIN GSL(Global Education Leaders Malaysia Berhad), dengan kerjasama beberapa pihak seperti Yayasan YTL, Yayasan ecmlibra, Yayasan Varkey, dan mendapat sokongan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE) dan Pertubuhan Global Teacher Prize.
Daripada 2,209 permohonan yang diterima sejak April 2024, setelah melalui proses penjurian dan pemilihan, hanya 10 guru sahaja yang menjadi Finalis bagi MTP edisi 2024.
Sebelum sampai ke peringkat 10 terbaik, para peserta sebenarnya telah melalui proses saringan awal untuk memastikan kelayakan pemohon, penilaian berasaskan rubrik pada Peringkat 1 dan 2, akan melalui proses temuduga yang akan menentukan 5 finalis dan seterusnya pemenang MPT Dr. Valerie membangunkan rancangan Pelajaran beliau dengan mengambil ilham dari anaknya sendiri yang juga merupakan seorang murid berkeperluan khas, Rancangan Pengajaran ‘Miracles’ hasil Dr. Velerie berfokus kepada bilik darjah pelbagai sensori yang mempunyai bilik pembelajaran dilengkapkan dengan aktiviti digital dan STEM, bilik ‘Snoezelen’ untuk menenangkan murid yang mengalami beban deria dan bilik terapi yang penuh dengan aktiviti yang menarik.
Pendekatan beliau telah meningkatkan kemahiran komunikasi dan tingkah laku yang ketara untuk 70% muridnya yang autistik, dan 10 orang daripadanya telah menguasai kemahiran asas literasi. Dr. Velerie turut melibatkan ibu bapa dalam pelan pendidikan individu dan menggalakkan kreativiti murid-murid melalui projek seperti barangan seni kraf tangan, sekali gus mengukuhkan keyakinannya bahawa “Miracles Do Happen”.
Sebagai rekod, anugerah MTP telah bermula sejak tahun 2022 dengan Anuthra Sirisena, seorang guru Kimia dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Tenom, Sabah bergelar sebagai pemenang manakala pada tahun lepas, Muhammad Nazmi Rosli, guru Bahasa Inggeris dari Sekolah Kebangsaan Long Sebangang, Lawas, Sarawak menjadi pemenang MTP edisi tahun 2023.