KOTA KINABALU: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah akan menganjurkan Bulan Bahasa Kebangsaan dalam jangka masa sebulan bermula dari awal sehingga akhir bulan Oktober 2024.
Pelbagai aktiviti menarik juga disajikan sepanjang sebulan ini antaranya seperti Aroma Meja Bulat yang diadakan pada 10 Oktober 2024 bertempat di Politeknik Sandakan bermula pada pukul 10 pagi.
Pada 16 Oktober 2024, bermula pada pukul 9.30 pagi program Wacana Kearifan Tempatan: “Kearifan Tempatan Pemangkin Industri Pelancongan di Sabah” berlangsung di Ruai Utama, DBP Cawangan Sabah manakala pada 22 Oktober 2024, Majlis Pelancaran Buku Baharu Penulis Sabah dan Penyampaian Anugerah Buku Terbaik Ketua Menteri berlangsung di Hotel Palace, Kota Kinabalu bermula pada pukul 9 pagi.
Pada minggu ketiga bulan Oktober, 23 Oktober 2024, program Wacana Kearifan Tempatan: Pelestarian Peribahasa Etnik Melalui Penyelidikan, diadakan di Dewan Amil Jaya, DBP Cawangan Sabah, bermula pada pukul 9.30 pagi. Keesokan harinya, pada 23-24 Oktober 2024, diadakan Karnival Megah Bahasa, bertempat di Kompleks DBP Cawangan Sabah, bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.
Selain itu, pada hari yang sama, juga turut diadakan program Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) dan Pidato Umum Kebitaraan Bahasa, bertempat di Dewan Amil Jaya, DBP Cawangan Sabah, bermula pada pukul 10 pagi.
Program-program ini diadakan bagi menggalakkan lagi penyertaan golongan masyarakat disamping membudayakan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan penduduk Sabah terutamanya.