LABUAN: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Cawangan Sabah akan menganjurkan Pertandingan Nyanyian Lagu Puisi bersempena dengan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2024.
Pertandingan ini akan diadakan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan pada 9 November 2024. Hadiah ini juga menawarkan wang tunai berjumlah RM7,000 untuk dibawa pulang oleh lapan orang pemenang.
Berikut merupakan beberapa peraturan yang digariskan oleh pihak penganjur untuk pertandingan ini:
a) Pertandingan ini terbuka kepada pemuzik jalanan (buskers) di Wilayah Persekutuan Labuan sahaja dengan penyertaan lapan (8) kumpulan terawal.
b) Ahli kumpulan hendaklah terdiri daripada tiga (3) sehingga lima (5) orang dalam satu kumpulan.
c) Kumpulan yang bertanding hendaklah menyanyikan dua buah lagu dalam Bahasa Melayu yang salah satu merupakan lagu yang disediakan oleh pihak urus setia dan satu lagu lain dari mana-mana lagu puisi atau puisi ciptaan sendiri.
d) Lagu yang dinyanyikan hendaklah bebas dari segala unsur-unsur sensitiviti mana-mana pihak.
e) Masa yang diperuntukkan untuk persembahan adalah dalam tempoh lapan (8) sehingga sepuluh (10) minit sahaja.
f) Pemakaian ahli-ahli kumpulan hendaklah sopan
g) tanggungjawab kumpulan masing-masing. Penggunaanalat muzik moden dan tradisional dibenarkan.
h) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 November 2024
i) Keputusan para juri adalah muktamad.
Berikut merupakan senarai pilihan puisi untuk Tajuk Lagu 1 (Wajib):
1. Khabar kepada Kawan (Sharifah A.M. Noordin)
2. Bicara Rindu Nan Jingga (Mohd. Azrone Sarabatin)
3. Bahagia yang Terlalu Berharga (Awang Abdul MuizzAwang Marusin)
4. Hidup Setelah Senja (Mohilis)
5. Pesan Bonda (Fauziah Moksin)
6. Bisikan Kesedaran (Fauziah Moksin)
7. Titian Hidup (Kims Diwa)
8. Pencuri Hati (Norawi Haji Kata)
9. Pelukis Waktu (Norawi Haji Kata)
10. Aku Ingin Menjadi Angin (Jamail Masador)
Orang awam yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh menghubungi Puan Fenny Liging: 0128439579. Borang Penyertaan juga hendaklah dihantar kepada Urus Setia sebelum atau pada 1 November 2024 (Jumaat) melalui e-mel fenny@dbp.gov.my