Hajiji menerima cenderamata daripada Noorrul
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Panglima Lima Divisyen yang baharu, Mejar Jeneral Dato’ Noorrul Azril Ariffin di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.
Noorrul mengambil alih jawatan Panglima 5 Divisyen berkuat kuasa pada 11 September 2024 daripada Mejar Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman yang bertukar ke Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan (BOLP), Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Sebelum menyandang jawatan Panglima Lima Divisyen, Noorrul adalah Asisten Ketua Staf Operasi Latihan dan Pertahanan, Markas ATM.

Hajiji (kanan) bersama Rosli semasa kunjungan hormat itu.
Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Persekutuan (SUP) Sabah yang baharu, Dato’ Seri Rosli Isa.
Rosli menggantikan Datuk Haji Makhzan Mahyuddin yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri, berkuat kuasa pada 9 September 2024.
Rosli sebelum ini merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.
Turut hadir ialah Timbalan SUP Sabah, Mastina Ibnu Hassan.


































