JAKARTA: Seorang pelajar wanita berusia 18 tahun ditemukan maut di pekarangan sebuah kampus universiti di Tomang, Grogol Petamburan, Jakarta Barat, semalam.
Menurut Utusan Malaysia, Kompas.com melaporkan, Ketua Polis Petamburan, Reza Hafiz berkata, mangsa disyaki membunuh diri di lokasi tempatnya belajar.
“Memang ada mangsa yang terbaring di kawasan kampus yang disyaki terjatuh dari bangunan.
“Kita masih berusaha menyiasat punca atau motif kejadian, sama ada ia adalah satu kemalangan atau berpunca dari faktor lain,” katanya.
Mayat mangsa ditemukan oleh pihak polis selepas penduduk melaporkan insiden berkenaan petang semalam.
Difahamkan, terdapat saksi yang melihat mangsa di tingkat empat.
Mangsa dikatakan sering duduk bersendirian dari pagi sampai malam sebelum akhirnya ditemukan maut.
































