Dr. Jamili (lima dari kiri) bergambar kenangan bersama dengan Isidore (empat dari kiri), Fiona (lima dari kanan), Awang (enam dari kanan) dan Sarudin (tiga dari kiri) serta semua peserta kawad di bangunan Wisma Innoprise hari ini.
KOTA KINABALU: Kontinjen Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah telah dinobatkan sebagai Naib Johan dalam pertandingan kawad bagi kategori Jabatan Kerajaan Bukan Beruniform pada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah yang diadakan di sini Sabtu lalu (31 Ogos).
Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri KKTP, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan tersebut.
Setiausaha Tetap KKTP, Datuk Dr. Jamili Nais menyampaikan piala kemenangan kepada Ketua Kontinjen, Sarudin Kurubin, selain saguhati penyertaan kepada semua peserta kawad.
Dr. Jamili berharap kontinjen tersebut akan mengekalkan semangat tinggi dan mengulangi kejayaan pada sambutan ulang tahun kelahiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dr. Jamili (enam dari kiri) menyampaikan piala kemenangan kepada Sarudin.
Kesemua 38 orang peserta kawad itu turut merakamkan gambar kenangan bersama Dr. Jamili serta Pengurus Kontinjen, Isidore Ignatuis Simin, Ketua Penolong Setiausaha Fiona Joseph Sandi dan Jurulatih Kontinjen, Awang Usli Mohd. Salleh.
Johan bağı kategori tersebut dimenangi oleh Kontinjen Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) dan tempat ketiga ialah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
































