PUTATAN: Orang ramai di minta hadir beramai-ramai memeriahkan Festival Etnik Putatan 2024 yang berlangsung 6 hingga 8 September ini.
Temasya yang julung kali diadakan ini bakal dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah III, Datuk Ir. Shahelmey Yahya yang juga Ahli Parlimen Putatan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat.
Antara intipati program adalah Pertandingan Magagung & Betitik, Memasak Masakan Etnik, pertandingan Gambus, pertandingan mewarna kanak-kanak serta pameran galeri etnik dan gerai jualan.
Selain itu, Battle of Gambus yang akan berlangsung pada 8 September turut menawarkan resepsi menarik bersempena festival berkenaan di mana para peserta berminat boleh berdaftar secara percuma.
Festival Etnik Putatan 2024 yang dianjurkan oleh Persatuan Rekreasi Tanjung Keramat Putatan dan Pejabat Daerah Putatan ini akan diadakan di kawasan Golden Centre Putatan.
































