Dua lelaki yang dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen Ipoh selepas mengaku bersalah memecah masuk sebuah rumah minggu lalu.
IPOH: Gara-gara pecah masuk sebuah rumah dan mencuri barangan termasuk periuk dan sudip, dua lelaki dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Menurut Utusan Malaysia, Hakim Hilmiah Yusof mengenakan hukuman tersebut selepas tertuduh, Muhamad Faizal Muhamat Darus, 45, dan Mohd. Ismail Mohd. Abdul Aziz, 41, mengaku bersalah bagi pertuduhan berkenaan.
Kedua-dua lelaki itu didakwa melakukan pecah rumah dan mencuri wayar, periuk, tiga sudip masak dan dua batang besi di sebuah rumah di Taman Rasa Sayang antara pukul 10 hingga 10.30 pagi pada 14 Ogos 2024.
Mahkamah kemudian memerintahkan kedua-dua tertuduh dihukum penjara empat tahun dan barang kes diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk dilupuskan.


































