oleh Rashid Ating
KOTA KINABALU: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah membuka penyertaan pertandingan Cabaran Animasi: Cerita Rakyat Sabah, yang bermula pada 7 Ogos 2024 hingga 22 September 2024.
Program ini diadakan bersempena dengan Ulang Tahun Ke-68 Dewan Bahasa dan Pustaka disambut pada 22 Jun 2024 yang lepas.
Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai cerita rakyat, pertandingan ini bertujuan untuk menjelajahi keunikan cerita rakyat Sabah dan menjelmakan kreativiti dalam kalangan peserta menggunakan dunia animasi yang penuh warna.
Syarat-syarat pertandingan dan borang pendaftaran boleh diperoleh dengan mengimbas kod QR pada poster atau melalui pautan berikut: https://forms.gle/ZtiDUNKDWvs2zA8HA.
Hadiah wang tunai berjumlah RM8,000 menanti 10 orang pemenang yang bertuah dengan pemenang hadiah pertama akan membawa pulang hadiah berjumlah RM2,000, Naib Johan RM1,500 manakala tempat ketiga dengan RM1,000 dan tujuh orang pemenang saguhati akan membawa pulang RM500 setiap seorang.
Para peserta hendaklah memuat naik video mereka di ruangan yang disediakan dalam borang penyertaan, selewat-lewatnya pada 22 September 2024 (Ahad).
Keputusan para hakim adalah muktamad dan semua hasil pertandingan akan menjadi hak milik mutlak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Sekiranya para peserta mempunyai sebarang pertanyaan, mereka boleh menghubungi Puan Nur Fatin Syahirah Mubarak melalui talian telefon, 010-9026537 atau e-mel, n_fatin@dbp.gov.my.


































