Aktor terkenal Amerika Syarikat (AS), Tom Cruise berswafoto bersama peminat ketika menyaksikan acara gimnastik artistic wanita pada Sukan Olimpik Paris di Bercy Arena, baru-baru ini.
PARIS: Bintang Hollywood, Tom Cruise bakal membuat aksi dalam satu rakaman video yang akan ditayangkan sewaktu upacara penutupan Sukan Olimpik Paris pada 11 Ogos ini,
Menurut Utusan Malaysia, Xinhua melaporkan, kemunculan Cruise adalah sebahagian daripada segmen yang menyaksikan bendera Olimpik bakal dipindahkan dari Paris kepada tuan rumah bagi edisi 2028, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).
Menurut laporan tersebut, aktor berusia 62 tahun itu dilihat menonton beberapa acara sukan di temasya itu melakukan rakaman yang menyaksikan Cruise menunggang motosikal menyusuri bandar Paris membawa bendera besar.
Dia kemudiannya menuruni Stade de France dan seterusnya mendarat di papan tanda ikonik Hollywood dekat Los Angeles menggunakan payung terjun.
Pelakon itu kemudiannya menyerahkan bendera tersebut kepada seorang atlet untuk dibawa menjelajahi di seluruh bandar Los Angeles.
Baru-baru ini Cruise melakukan penggambaran francais filem terbaharu ‘Mission Impossible’ di Paris dan menggunakan kesempatan itu bagi mengelirukan orang ramai bahawa dia sedang merakam filem tersebut sedangkan untuk upacara penutupan Olimpik Paris.
Akhbar The Guardian melaporkan Cruise dianugerahkan darjah kehormat Perancis, Legion of Honor oleh Menteri Budaya Perancis, Rachida Dati pada minggu lalu.

































