PETALING JAYA: Polis menahan dua anggota polis bertugas di Ibu pejabat Polis Daerah Kajang bagi membantu siasatan kes pemerasan si Jalan Taming Sari, dekat sini.
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seorang lelaki warga asing membuat laporan polis berhubung kejadian yang tular di media sosial itu.
“Hasil semakan video yang tular membawa kepada penahanan terhadap dua anggota polis yang bertugas di IPD Kajang.
“Susulan itu, kita membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Hussein, kedua-dua suspek dibenarkan reman dua hari bermula hari ini sehingga esok untuk siasatan selanjutnya.
“Polis Selangor tidak akan melindungi mana-mana pegawai kaan polis mahupun rendah yang didapati terlibat dalam kesalahan jenayah.
“Siasatan dijalankan sepenuhnya mengikut jenayah yang dilakukan dan tanpa kompromi,” katanya.
Terdahulu, tular di sebuah aplikasi media sosial video berdurasi 47 saat memaparkan dua anggota polis sedang berurusan dengan dua orang awam.


































