Rafizi Ramli melihat buku Banci Ekonomi 2023 selepas merasmikan Majlis Peluncuran Penemuan Banci Ekonomi (Be) 2023 di Putrajaya.
PUTRAJAYA: Banci Ekonomi 2023 mendedahkan beberapa penemuan penting selepas ia kali terakhir pada 2015 iaitu disemak tujuh tahun lalu.
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd. Uzir Mahidin berkata, sepatutnya, banci ekonomi dilaksana tahun 2020 namun, ditunda akibat krisis kesihatan dan kegawatan geopolitik.
Beliau berkata, antara penemuan ketara termasuk peningkatan jumlah pertumbuhan iaitu 1,091,867 pertumbuhan pada 2023 berbanding 920,630 pada 2015.
“Ia sejajar dengan prestasi perdagangan barangan Malaysia yang menunjukkan pertumbuhan esport yang kukuh dalam tempoh itu dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 10.4 peratus,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis peluncuran Banci Ekonomi 2023 di sini hari ini.
Katanya, pilihan pengguna juga dilihat memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia yang ditunjukkan dalam banci tersebut.
Mohd Uzir berkata, industri seperti penanaman durian, pemungutan sarang burung, penternakan lebah, pengeluaran hasil madu dan lilin lebah mencapai tahap baharu didorong oleh peningkatan permintaan global ke atas produk pertanian tempatan.
“Sementara itu, peningkatan dalam penggunaan kopi telah memupuk ‘budaya kafe kopi’ yang menunjukkan menunjukkan peningkatan pemain pasaran kepada rekod 5,021 dengan nilai ditambah RM1.9 bilion pada 2022.
“Tambahan pula, industri inap desa telah menjadi penginapan alternatif yang semakin popular dengan pertumbuhan sebanyak 79.3 peratus dalam tempoh tujuh tahun,” katanya.
Katanya, mengikut banci sama, terdapat 219,015 pertubuhan milikan wanita merentasi semua sektor yang mencerminkan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 2.3 peratus berbanding 2015.
Jelas Mohd. Uzir, tiga negeri yang menyumbang paling banyak kepada nilai tambah negara iaitu Selangor dengan sumbangan 27.8 peratus, Kuala Lumpur (19.9 peratus) dan Sarawak (11.0 peratus).
Selain itu, katanya, data Banci Ekonomi 2023 turut menunjukkan industri tertentu yang mengalami kelembapan berterusan termasuk pembaikan dan penyelenggaraan VCD/DVD/VCD, industri pembuatan jahitan pakaian tempatan, aktiviti penyediaan tapak perlombongan dan penanaman pokok getah (ladang kecil) serta aktiviti pengkuarian, penghancuran dan penghancuran granit.


































