Hajiji mempengerusikan mesyuarat semasa lawatan kerjanya ke Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar hari ini.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata isu itu struktur komuniti Pala’u yang dirobohkan di Taman Laut Tun Sakaran akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri yang akan datang.
“Kita sangat prihatin dengan perkara ini. Bukan kita tidak bersimpati, kita memang simpati, kerana mereka juga manusia tetapi kawasan di mana mereka telah membina struktur adalah di dalam Taman Marin.
“Pasukan keselamatan telah membangkitkan kebimbangan mereka dan telah menasihatkan bahawa ini adalah kawasan sensitif keselamatan yang boleh digunakan sebagai tempat transit untuk jenayah rentas sempadan.
“Kita akan bincangkan cara terbaik ke hadapan termasuk penempatan semula orang Pala’u,” kata Hajiji yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri semasa lawatan kerjanya ke Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar di Wisma Tun Fuad Stephens, di sini, hari ini.

Hajiji diiringi Liew sebaik tiba di Kementerian.
Terdahulu, Ketua Menteri diberi taklimat oleh Menteri, Datuk Christina Liew dan Setiausaha Tetap Kementerian, Josie Lai bahawa hanya sebuah structure kediaman yang terbakar semasa operasi perobohan minggu lalu dan ia tidak dilakukan oleh pihak penguat kuasa.
Mengenai Sabah-Malaysia My Second Home (S-MM2H), Hajiji berkata, beliau akan memaklumkan kepada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Persekutuan bahawa Sabah akan meneruskan program itu.
“Kabinet Negeri sudah meluluskan program untuk dilaksanakan, jadi kita akan teruskan,” katanya.
Hajiji juga mendedahkan bahawa sebuah Muzium Negeri baharu akan dibina di ibu negeri berikutan kelulusan Kabinet Negeri.
Beliau berkata, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong telah ditugaskan untuk mempengerusikan jawatankuasa itu untuk mencari tapak yang sesuai dan membuat perincian.
Muzium Negeri sekarang hanya boleh mempamerkan kira-kira 10 peratus daripada artifaknya manakala selebihnya dalam simpanan, katanya.
Dalam perkembangan lain, Hajiji mengalu-alukan rancangan Kementerian untuk membina Pusat Kebudayaan di Kinarut
untuk mempamerkan kepelbagaian lebih daripada 30 budaya dan tradisi Sabah.
Turut hadir ialah Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Ir. Shahelmey Yahya, menteri-menteri kabinet, pembantu-pembantu menteri, Safar dan ketua pelbagai jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.


































