KOTA KINABALU : Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyantuni kira-kira 20 pengamal media di Sabah, pada Isnin.
Pada perjumpaan tersebut, beliau mengadakan perbincangan dengan Sabah Journalist Association (SJA) untuk mengetahui isu-isu melibatkan para pengamal media bagi meningkatkan kebajikan antaranya melibatkan perlindungan risiko pekerjaan.
Turut hadir, Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) Datuk Muguntan Vanar dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Sabah, Dr. Diana Dominic.


































