KOTA KINABALU: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Sabah yang baru, Datuk Mustapha Sakmud yang juga Ahli Parlimen Sepanggar akan dibantu oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Peto Galim yang diamanahkan sebagai Timbalan Pengerusi Keadilan negeri.
Mustapha juga merupakan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Persekutuan, manakala Peto adalah Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah
Timbalan Ketua Penerangan Keadilan Pusat, Razeef Rakimin berkata, bagi memantapkan lagi jawatankuasa kepimpinan parti di peringkat negeri, rombakan kepimpinan secara menyeluruh diambil sebagai persediaan menghadapi pilihan raya negeri yang bakal berlangsung.
Oleh itu, katanya jawatankuasa MPN Sabah yang baru adalah seperti berikut:
Naib Pengerusi
Azmi Datu Tamboyong
Raymond Ahuar
Roslan Sapar
Setiausaha
Sazalye Donol
Bendahari
Abdul Razak Jamil
Ketua Penerangan
Razeef Rakimin
Pengarah Komunikasi
Mohd Amin Abdul Mem
Setiausaha Pengelola
Wendey Agong Baruh
Penolong Setiausaha
Thonny Chee
Timbalan Ketua Penerangan
Milus Alu
Penolong Setiausaha Pengelola
Remysta Taylor
Razeef berkata, di samping itu, Peto juga akan mengemudi Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri (JPRN) manakala Mustapha juga bertindak selaku Pengarah Strategi.
“Bagi jawatankuasa yang lain, senarai lantikan baru akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Razeef juga mengucapkan terima kasih kepada Datuk Sangkar Rasam serta seluruh jawatankuasa MPN Sabah sebelum ini dan tahniah kepada Sangkar atas pelantikan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan yang baru.
Pada 26 Mei lalu, MPP telah mengumumkan penyusunan semula Pengerusi pimpinan negeri termasuk Sabah.


































