Martin Odegaard (kiri) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan, Kai Havertz di Emirates, London hari ini.
Keputusan
Arsenal 2 Luton 0
Brentford 0 Brighton 0
Man City 4 Aston Villa 1
LONDON: Arsenal kembali memintas kedudukan Liverpool di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Luton 2-0 pagi ini.
Menurut Utusan Malaysia, Kapten Gunners, Martin Odegaard meletakkan pasukannya di depan sebelum berakhir babak pertama dan jaringan sendiri lawan memberi sedikit kelebihan sementara buat Arsenal dalam perebutan liga yang semakin sengit sebelum akhir musim ini.
Arsenal kini mengumpul 68 mata, satu mata di depan pasukan Jurgen Klopp yang dijangka berdepan tugas mudah menentang Sheffield United, esok.
Dalam satu lagi saingan pagi ini, bintang Manchester City, Phil Foden mencatat jaringan hatrik untuk membantu pasukan penyandang juara itu menewaskan pasukan di tangga keempat, Aston Villa 4-1 sekali gus berkongsi mata dengan Reds.
“Kami mahu berada di tangga teratas, hanya menang yang kami perlu lakukan. Kami hanya perlu mengubah suai sedikit untuk memberi kelainan kepada pasukan. Mereka yang bermain tadi telah melakukan yang terbaik,” kata Mikel Arteta kepada BBC.
































