Akaun Facebook palsu menggunakan identiti Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
PETALING JAYA: Satu akaun Facebook menggunakan identiti Yang di-Pertuan Agong didapati palsu.
Menurut Utusan Malaysia, dalam satu hantaran Facebook, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegaskan penyamaran dan salah guna identiti merupakan kesalahan di sisi undang-undang dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan lunas undang-undang yang ditetapkan.
“Orang ramai digesa melaporkan kepada mana-mana platform media sosial yang berkenaan, sebarang akaun yang menyalahgunakan nama Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah atau Keluarga Diraja Johor.
“Adalah ditegaskan juga bahawa penyamaran dan salah guna identiti merupakan kesalahan di sisi undang-undang dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan lunasnya yang ditetapkan,” kata hantaran tersebut.
Hantaran itu merujuk kepada satu akaun Facebook yang menggunakan gambar Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
































