Tun Juhar (empat dari kanan) bersama jemaah lain membaca yasin yang dipimpin oleh Imran
KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin menghadiri Majlis Kenduri Doa Selamat Sempena Menyambut Ramadan Tahun 1445H/2024M di Istana Seri Kinabalu.
Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir Shahelmey Yahya; Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Arifin Mohd Arif; Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Ruslan Muharam; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.
Terdahulu, Mufti Negeri Sabah Datuk Bungsu@ Aziz Jaafar mempersembahkan keputusan cerapan Hilal Ramadan yang dibuat di Balai Cerap Al Biruni kepada Tun Juhar.
Tun Juhar dan isteri, Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M Jasni menunaikan solat maghrib, isyak dan bacaan yasin dan tahlil yang dipimpin oleh Pegawai Agama Istana Imran Anggun di Dewan Istiadat Istana Negeri Seri Kinabalu, pada Ahad.






























