Hajiji (lima dari kanan) menerima cenderamata daripada Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani Mohamad semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu kelmarin.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani Mohamad di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, kelmarin.
Saarani berada di Sabah bagi menghadiri program Perak Sejahtera 2023: State Leadership Retreat 2024 yang diadakan di Kota Kinabalu pada 5 hingga 6 Mac 2024.
Rombongan Saarani terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato’ Mohd. Zaki Mahyudin dan Exco-Exco Kerajaan Negeri Perak.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Haji Safar Untong dan Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yus.


































