Gigi palsu emas Sir Winston Churchill yang dilelong kepada orang awam.
LONDON: Gigi palsu emas yang dipakai bekas Perdana Menteri Britain, Sir Winston Churchill dilelong dengan harga £18,000 (RM108,335.07).
Set enam gigi palsu direka bagi memelihara rupa bentuk semula jadi gigi Churchill sewaktu perang dunia kedua.
Menurut Utusan Malaysia, set yang dilelong itu dibuat untuknya ketika berusia 65 tahun pada awal konflik.
Gigi palsu dikatakan sangat penting baginya dan dilaporkan Churchill membawa dua set gigi palsu bersamanya pada setiap masa.
Syarikat Lelong Cotswold yang mengendalikan penjualan itu berkata, gigi itu diperoleh pada harga £18,000, lebih dua kali ganda daripada harga panduan sebanyak £8,000 (RM48,149.473).
Pengarah syarikat itu, Liz Poole berkata, gigi palsu berkenaan adalah antara barangan paling luar biasa yang tidak pernah mereka jual.
“Kami benar-benar gembira dengan minat antarabangsa dalam penjualan gigi palsu Churchill dan memorabilia lain termasuk bidaan telefon daripada pengumpul di Amerika Syarikat dan United Kingdom,” katanya.
Churchill yang membimbing Britain melalui Perang Dunia Kedua selepas menggantikan Neville Chamberlain sebagai Perdana Menteri pada 1940, mengalami masalah gigi hampir sepanjang hidupnya dan kehilangan beberapa gigi pada usia 20-an.
Lapor Guardian, dipercayai empat set gigi dicipta untuknya dan sekurang-kurangnya satu set dikebumikan bersama-samanya.
Bekas Perdana Menteri Britain itu juga memakai gigi palsu ketika berucap di Woodstock, England, pada 4 Ogos, 1947.
Churchill menawarkan bantuan kepada kerajaan British satu pinjaman baharu dengan syarat rakyat Britain bekerja lebih lama dan rajin.






























