Steve (kanan) bersama dengan Dr. Joachim (tengah) dan Shahrun memegang T-shirt selepas mengadakan kunjungan hormat kelmarin.
KOTA KINABALU: Lebih 200 pelari dijangka akan menyertai Larian Spirit of 85 yang akan berlangsung di perkarangan Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Ahad ini.
Larian sejauh 10 kilometer itu dijangka akan dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.
Penganjur yang juga Presiden Kelab Peminat Sukan Ekstrem Sabah Labuan, Steve Johnny Mositun berkata, larian itu mensasarkan pelari dewasa muda berusia 40 tahun ke bawah.

Steve (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama dengan Christoper (dua dari kiri), Timbalan Ketua Pemuda PBS, Louis Lai (kiri) dan Sharun (kanan)
“Oleh kerana mereka yang Lahir pada Tahun 1985 akan masuk ke Alam umur 40, kita mensasarkan golongan dewasa muda berumur 40 tahun ke bawah yang kebanyakannya sudah menceburi sektor pekerjaan untuk menjaga kesihatan.
“Larian ini bertujuan menggalakkan aktiviti riadah dalam kalangan peringkat umur ini agar mereka tidak hanya tertumpu kepada pekerjaan semata-mata.

Steve (dua dari kanan) menyampaikan borang kepada Tan Sri Joseph Pairin sambil disaksikan oleh Shahrun (dua dari kanan) dan Setiausaha Agung KDCA, Datuk Suman Yasambun.
Pengerusi Program Shahrun Nizam berkata, selain itu, ia juga boleh menjadi platform yang baik untuk menyatukan masyarakat setempat,” katanya.
Selain Dr. Joachim, Presiden KDCA Tan Sri Joseph Pairin Datuk Kitingan, Pengerusi Perkasa Reality Christoper Mandut, dan ADUN Telupid Datuk Johnnybone Kurum juga dijangka menghadiri larian itu.
Pelari boleh mengambil kit perlumbaan mereka di ITCC, di sini, dari 10 pagi-8 malam, pada Sabtu ini.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Jannette Hiu di talian 0128356083 atau Helena (0178017075).
































