Mohd Asneh (kiri) bersama Valerian ketika menerima barangan tajaan oleh F&N Beverages Marketing Sdn Bhd.
KOTA KINABALU: Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah Mohd Asneh Mohd Noor bersama Pengurus Perhubungan Kerajaan dan Korporat (Malaysia Timur dan Brunei) F&N Beverages Marketing Sdn Bhd Valerian Hansen Petrus menerima tajaan minuman 100Plus dan Seasons di Urusetia Sukan Sabah (SAGA) X Kota Kinabalu 2023 di Wisma MUIS, pada Ahad.
F&N menjadi penaja utama minuman rasmi SAGA tahun ini yang berlangsung secara rasmi bermula 16 hingga 22 Disember.
Sebanyak 22 jenis sukan dipertandingkan pada edisi ke-10 yang melibatkan seramai 6,784 atlet dan pegawai mewakili 28 daerah seluruh Sabah.


































