Atlet dari Kinabatangan (kiri) ketika beraksi dalam perlawanan perseorangan wanita.
PUTATAN: Bermula hari ini hingga Rabu depan, Dewan Juara Badminton Putatan menjadi venue bagi Pertandingan Badminton Sukan Sabah (SAGA) X 2023.
Pertandingan itu bakal menyaksikan 26 pasukan berentap dalam lima kategori iaitu perseorangan lelaki 21 perlawanan, perseorangan wanita (14), beregu lelaki (22), beregu wanita (15) dan beregu campuran (17) sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 89 perlawanan mulai jam 8.30 pagi.
Pengendalian pertandingan diketuai oleh Ketua Delegasi Teknikal Badminton SAGA X Alfhonso Fiel dan dibantu oleh Pengarah Kejohanan Rechine Jikah.
Selain itu, seramai 70 petugas terdiri daripada 26 pengadil, 27 hakim garis, 8 desk official, tiga petugas medic termasuk seorang doktor perubatan serta enam petugas St. John Ambulance bertanggungjawab dalam mengendali dan memastikan pertandingan tersebut berjalan lancar.


































