Maxmillan (kiri) membuat pelepasan kepada konvoi KMJG yg meneruskan perjalanan ke Kolej Vokasional Keningau.
KENINGAU: Peserta Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 melawat kawasan Batu Sumpah Keningau sempena program KMJG 2023 Peringkat Daerah Keningau, pada Jumaat.
Ketibaan konvoi KMJG 2023 yang diketuai oleh Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor di Muzium Warisan Keningau disambut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan yang juga Ahli Parlimen Keningau, Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik serta Ketua Bahagian Muzium Sabah Cawangan Pedalaman Atas, Maxmillan Takong.
Dr. Jeffrey turut menandatangani Buku Lawatan Konvoi KMJG serta menyempurnakan pelepasan konvoi ke Kolej Vokasional Keningau bersama Robert dan Maxmillan.