Sultan Hassanal Bolkiah (dua dari kiri) berbual mesra dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri), Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Openg (dua dari kanan) di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, hari ini.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor adalah antara orang kenamaan yang menyambut kedatangan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah sempena lawatan rasmi tiga hari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Tuanku ke Malaysia hari ini.
Semasa lawatan di Putrajaya, beberapa perjanjian antara kerajaan telah ditandatangani antara Malaysia dan Brunei Darussalam.