PARIS: Juventus tidak akan bermain di Eropah musim depan selepas digantung kerana melanggar peraturan kewangan,
manakala Chelsea akan membayar 10 juta euro (RM50.25 juta) kerana menyerahkan maklumat kewangan tidak lengkap.
Menurut Utusan Malaysia, Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dalam satu kenyataan kelmarin berkata, Juventus disingkirkan dari Liga Konferensi dan turut didenda 20 juta euro (RM100.51 juta).
“Juventus melanggar rangka kerja kawal selia UEFA… dan diputuskan untuk mengecualikan Juventus daripada pertandingan kelab UEFA bagi 2023-24,” menurut kenyataan UEFA.
Badan induk bola sepak Eropah itu berkata, tambahan denda 10 juta euro (RM51 juta) hanya akan dikenakan jika tahun kewangan 2023, 2024 serta 2025 tidak menepati keperluan perakaunan mereka.
Juventus dalam satu kenyataan mengesahkan tidak akan merayu penggantungan itu.
Gergasi bola sepak Itali itu menganggap pelanggaran yang didakwa tidak penting dan mengisytiharkan untuk menerima keputusan itu.
Fiorentina dijangka menggantikan Juventus untuk beraksi di Liga Konferensi Europa di mana pasukan itu menamatkan saingan Serie A di tangga kelapan musim lalu.