SWITZERLAND: Penerima anugerah Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh rasmi bergelar isteri kepada kekasihnya Datuk Seri Jean Todt selepas 19 tahun bercinta.
Khabar gembira itu dikongsikan bekas pelumba kereta Formula 1, Felipe Massa menerusi sebuah kad undangan di Instagram rasminya.
Menurut Utusan Malaysia, Michelle, 61, disatukan dengan suaminya yang juga bekas ketua pegawai eksekutif Ferrari dalam sebuah majlis tertutup di Geneva, Switzerland pada Khamis lalu.
Mereka bertemu buat pertama kali di China ketika acara Grand Prix Shanghai pada tahun 2004.
Pada tahun yang sama, mereka telah mengikat tali pertunangan sebelum disatukan 19 tahun kemudian pada 27 lalu.
Sebelum ini, Michelle Yeoh mencatat sejarah sebagai anak tempatan pertama yang menang trofi Oscar pada Mac lalu menerusi filem lakonannya,’ Everything Everywhere All at Once’.