KOTA KINABALU: Wilayah Gyeongsang Utara, Korea Selatan berminat untuk menjalin hubungan perdagangan dengan Sabah.
Perkara itu dibincangkan oleh Gabenor Gyeongsang Utara, Lee Cheol Woo semasa kunjungan hormat beliau ke atas Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.
Hajiji (tiga kanan) melihat ketika Lee memakai pakaian tradisional Kadazan.
Wilayah Gyeongsang Utara, yang merupakan wilayah terbesar di semenanjung Korea adalah pusat industri keluli dan tekstil Korea Selatan.
Ketua Menteri berharap rombongan Kerajaan Gyeongsang Utara akan meneroka peluang pelaburan yang berpotensi di Sabah.
Turut hadir pada kunjungan hormat itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sabah Berhad, Datuk Madiyem Layapan.