KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menerima kunjungan daripada mantan pengerusi Perbadanan Pinjaman Sabah, Datuk Khoo Cheo Ping @ John Khoo di kediaman rasmi Ketua Menteri di Likas, di sini, baru-baru ini. (gambar)
Semasa pertemuan ringkas itu, Khoo sempat menyuarakan kepada Ketua Menteri beberapa permasalahan di daerah Sandakan merangkumi aspek ekonomi, keselamatan, pembangunan dan kebersihan di samping cadangan penambahbaikan yang difikirkan perlu dan solusi bagi mengatasinya.
Khoo adalah pengerusi Syarikat Berita Harian Merdeka Sdn Bhd Sandakan dan seorang ahli perniagaan yang berjaya,berpengalaman luas dan pernah menjawat jawatan sebagai pengerusi Perbadanan Pinjaman Sabah.
Turut serta dalam kunjungan itu ialah Ng Boon Leng dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Elopura, Sandakan.