KOTA KINABALU: Sabah melaporkan 14 kes baharu Covid-19 hari ini, turun empat kes berbanding kelmarin (18).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kadar positiviti ialah 1.04 peratus berbanding 1.45 peratus pada hari sebelumnya.
“Angka jangkitan hari ini diperolehi daripada 1,341 sampel ujian berbanding 1,244 semalam,” kata Jurucakap Covid-19 Sabah itu.
Sebanyak tujuh daerah mencatatkan kes baharu iaitu Kota Kinabalu 4 kes, Tuaran 4 kes, Putatan 2 kes serta masing-masing satu kes di Keningau, Kota Belud, Papar dan Sandakan.
“Tidak ada kes baharu direkodkan di 20 daerah sepanjang 24 jam yang lalu,” kata Masidi.
Kesemua 14 kes yang dilaporkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2.
Jumlah kes mengikut daerah:
Kota Kinabalu 4 (1)
Tuaran 4 (6)
Putatan 2 (0)
Keningau 1 (1)
Kota Belud 1 (0)
Papar 1 (1)
Sandakan 1 (1)
Beaufort 0 (0)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Marudu 0 (0)
Kuala Penyu 0 (0)
Kudat 0 (0)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (2)
Nabawan 0 (0)
Penampang 0 (2)
Pitas 0 (0)
Ranau 0 (0)
Semporna 0 (0)
Sipitang 0 (0)
Tambunan 0 (0)
Tawau 0 (1)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (3)
Tongod 0 (0)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin. – 05/01/2023)
Kluster Baharu
Tiada































