KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menghadiri Majlis Sambutan Raya Perdana 2023 Agensi Islam Sabah di Dewan Sa’adah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), di sini hari ini. (gambar)
Selain beramah mesra bersama para pengunjung, Hajiji turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan gerai tercantik sempena sambutan Raya Perdana 2023.
Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif, Peguam Besar Negeri, Datuk Nor Asiah Mohd. Yusof, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas), Encik Sapdin Ibrahim, Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Hj. Jaafar, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Datuk Ustaz Haji Saifulzaman Sangul, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah, Datuk Haji Norjeli Haji Dais dan Pengerusi Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Haji Sapawi Ahmad.































