Atlet terjun negara, Kimberly Bong merangkul pingat emas acara 3 meter papan anjal wanita di Sukan SEA Kemboja 2023 dalam aksi yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Morodok Techo, Phnom Penh.
PHNOM PENH: Skuad terjun negara bermula dengan langkah kanan apabila menepati ramalan untuk mendominasi acara 3 meter (m) papan anjal wanita yang berlangsung di Pusat Akuatik Morodok Techo, hari ini.
Malaysia yang mempertaruhkan Kimberly Bong dan Ong Ker Yin bersaing dengan enam lagi peserta dalam usaha untuk menyapu bersih semua emas yang dipertandingkan di sini.
Menurut Utusan Malaysia, Kimberly akhirnya dinobatkan sebagai pemenang pingat emas selepas memungut 276.3 mata keseluruhan.
Ker Ying pula yang memenangi perak di Vietnam tahun lalu terpaksa berpuasa hati dengan gangsa apabila meraih 248.70 mata, dipintas atlet Indonesia, Gladies Lariesa yang meraih perak dengan catatan 273.10.































