TUARAN: Pelajar UiTM, Alif Alfian Awang yang berasal dari Kampung Serusup, mengalahkan 13 peserta dari daerah Tuaran dalam pertandingan bina badan sempena pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di Astaka Padang Tuaran, hari ini.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai yang juga ADUN Kiulu menyampaikan piala kemenangan kepada Alif Alfian, 24 (tiga dari kanan). (Gambar)
Acara itu turut menyaksikan Vincent Pairin Tambulin (dua dari kiri), 38, dari Kampung Talungan, memenangi tempat kedua, manakala Evijey Sheon (kiri), 31, dari Kampung Batangan memenangi tempat ketiga.





























