Mayat mangsa ditemukan oleh pasukan SAR. – Ihsan Bomba
KINABATANGAN: Seorang lelaki lemas selepas terjun ke dalam sebuah tasik untuk melepaskan tali pancing yang tersangkut.
Kejadian itu berlaku di sebuah ladang di sini ketika mangsa yang berusia 43 tahun sedang melakukan aktiviti memancing ikan bersama rakan-rakannya.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 12.15 tengah hari dan sepasukan anggota diketuai Komander Operasi, PB Jipson Yenbios dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 55 kilometer dari BBP.
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan pasukan bomba dan orang kampung seterusnya menemukan mangsa pada jam 3.06 petang.
Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada jam 3.35 petang.





























