Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR (Bernama): Usaha memperkukuh kefahaman kenegaraan, jati diri nasional dan semangat kebersamaan perlu terus diperkasakan bagi membina negara bangsa yang utuh, berteraskan sejarah, nilai dan cita-cita bersama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu penting, khususnya dalam kalangan belia sebagai pewaris kepimpinan negara.
Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook hari ini selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan bagi meneliti pelaksanaan dan perancangan program Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM). — BERNAMA






























